Program Latihan Khidmat Negara
Yang Berbahagia Pengerusi Majlis,
Para Panel Penilai
dan Rakan-rakan sekalian
Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di satu perhimpunan menjelaskan bahawa: "Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan - pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan”
Tajuk yang diberi kepada saya pada petang ini ialah Matlamat utama kerajaan mewajibkan Latihan Khidmat Negara kepada pelajar-pelajar lepasan SPM adalah untuk memperkukuhkan disiplin disamping memberi pengenalan diperingkat asas. Berikan kebaikan dan keburukan program tersebut pada pendapat anda.
Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia mula dicadangkan pada penghujung 2001 dan akhirnya bermula pada tahun 2003. Ianya adalah satu program mandatori. Hukuman denda atau penjara boleh dikenakan ke atas mereka-mereka yang dipilih tetapi tidak menghadiri PLKN. Walaubagaimanapun pengecualian buat sementara waktu boleh dipohon.
Pada tahun 2004, seramai 85,000 pelatih dipilih secara rawak dari 450,000 pemuda yang lahir di tahun 1986. Semua pelatih dipecahkan ke 42 kem latihan. Pada tahun 2005, 85,000 pemuda-pemudi dipilih dari 470,000 yang lahir pada tahun 1987 dan mereka diletakkan di 71 kem-kem latihan seluruh negara untuk program selama tiga bulan.
Semua peserta memakai pakaian seragam yang sama, tidak kira sama ada yang datang dari keluarga petani, korporat, pegawai kerajaan, ahli perniagaan atau sama ada yang datang dari kampung, bandar, kawasan perumahan atau kawasan setinggan. Semuanya adalah sama setaraf semasa melaksanakan program tersebut.
Allah berfirman bermaksud: “Dan sediakanlah persiapan bagi kamu terhadap apa yang kamu mampu dari sebarang bentuk kekuatan dan dari pasukan berkuda yang mana dengan kekuatan itu kamu akan mampu menggerunkan musuh Allah dan juga musuh kamu serta musuh yang lain selain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui, sedangkan Allah mengetahui mereka...” (Surah al-Anfal, ayat 60)
Program Khidmat Negara yang dilaksanakan bukanlah merupakan kerahan tenaga seperti yang berlaku di negara-negara lain. Ianya merupakan latihan membina semangat kesetiaan kepada negara yang meliputi sedikit sebanyak latihan ala tentera seperti kawat dan menembak.
Pengisian program ini mempunyai tiga komponen penting iaitu
PLKN adalah sejajar dengan konsep Islam Hadhari dalam memberi penekanan kepada pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Sesungguhnya Islam Hadhari konsisten dengan konsep demokrasi kerana Islam Hadhari adalah mengenai hidup dengan aman dan hormat sesama sendiri.
Bagaimana dengan perbandingan dengan Negara-Negara Luar
Banyak negara-negara luar mengamalkan konsep mandatori Khidmat Negara seperti di negara Amerika semasa perang-perang dunia dan perang Viet Nam dan negara Jepun semasa perang dunia. Kerajaan Singapura, Belarus, Brazil, Bulgaria, Chile, Croatia, Cyprus, Eqypt, Erithrea, Finland, Jerman, Greece, Lebanon, Mexico, Norway, Rusia, Israel, South Korea, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turkey, Venezuela, dan Korea Utara ada juga mengamalkan khidmat negara dengan latihan ketenteraan sepenuhnya untuk dijadikan barisan pelapis.
Pihak wanita walaubagaimanapun adalah tidak diwajibkan untuk menghadiri Khidmat Negara kecuali di negara seperti Korea Utara dan Israel yang menganggap pengecualian wanita adalah tidak adil.
Kebaikan dan Keburukan
Ramai yang mengatakan bahawa PLKN ini dilakukan secara tergesa-tegesa tetapi seperti yang diperjelaskan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri bahawa pihak penganjur telah menjangka wujud masalah-masalah tertentu semasa program itu berjalan, tetapi telah bersedia untuk menghadapinya dengan fikiran yang terbuka. PLKN ini tidak akan dapat dilaksanakan pada bila-bila masa pun sekiranya andaian demi andaian dibuat tentang masalah yang akan timbul.
Beberapa isu pernah ditimbulkan seperti hak kebebasan rakyat sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perlembagaan negara apabila sesiapa yang telah dipilih dan tidak hadir boleh dihadapkan kemahkamah. Ianya juga bermakna ia adalah satu paksaan dan mengetepikan hak kebebasan diri rakyat untuk memilih menyertai apa-apa kursus yang diwujudkan di dalam negara.
PLKN juga dikejutkan dengan insiden membabitkan seorang peserta PLKN dirogol oleh jurulatihnya, seorang tentera berpangkat korporal berusia 29 tahun di kem Merang, Setiu, Terengganu ketika menumpang beliau untuk ke bank pada malam 28 Februari. Ditambah pula dengan setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan. PLKN juga dianggap gagal mengimbangi antara tuntutan duniawi dan ukhrawi dan akan menghasilkan sumber manusia yang bermaklumat, berdedikasi, berdaya saing tinggi dan berjiwa patriotik tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Sekiranya PLKN tidak diisi dengan program kerohanian dan keagamaan sebagai satu program yang paling penting maka akan terus berkembanglah konflik sosial yang tiada noktahnya.
Pergaduhan juga pernah berlaku dengan menggunakan kerusi plastik, antara pelatih-pelatih muda dan yang lebih senior di salah satu pusat latihan di Perak. Di kem yang sama Lee Kin Fei dari Ipoh dan 13 rakan pelatih disepak dan ditumbuk oleh sekumpulan pelatih senior. Mereka diserang kerana enggan membayar wang kepada pelatih senior. Di Pulau Pinang, petugas kem menjumpai dua tiub kristal methamphetamine dalam beg seorang pelatih perempuan. Menurut sumber lain, kes-kes hubungan seksual antara pelatih-pelatih juga terbongkar. Begitu juga kes meraba pelatih perempuan oleh petugas kem dilaporkan. Ini amat membimbangkan ibubapa yang pada awal, sudah menyatakan kebimbangan mereka jika perkara seperti itu, berlaku di kem-kem.
Pihak Pemuda MCA juga pernah menyuarakan supaya lebih ramai jurulatih-jurulatih bukan Melayu diserapkan. Mereka juga menyatakan kekurangan pakar perunding, diet yang tak seimbang, kurang komunikasi di antara sekretariat and tiada kod tatalaku untuk para komandan-komandan dan pengarah.
Sesungguhnya tiada siapa yang ingin pergi berperang sekarang tanpa membuat penelitian terlebih dahulu kerana ianya melibatkan nyawa seseorang dan wang yang berjuta-juta ringgit. Kejayaan PLKN yang dinikmati oleh pelatih-pelatih sekarang ini adalah mengikut resepi yang dinyatakan sebelum ini oleh Pengerusi MLKN iaitu bersikap terbuka atas segala kelemahan yang didapati dan atas pengorbanan peserta-peserta sebelum ini.
Kesimpulan
Adalah satu hasrat Latihan Khidmat Negara ini pada penghujungnya iaitu kaum Melayu tidak lagi memanggil kaum Cina sebagai “babi”, kaum Cina tidak lagi memaggil kaum Melayu “Lembu”, kaum Melayu tidak memanggil kaum India “penipu” dan kaum India tidak lagi memanggil kaum Melayu “pemalas”. Kesemua bangsa adalah bangsa Malaysia. Saya tinggalkan pentas dengan rangkap pertama lagu PLKN
KAMI ANAK ANAK MALAYSIA..PELBAGAI BANGSA PELBAGAI BUDAYA..KAMI SEHATI SEJIWA..BERGANDING TANGAN...DEMI NEGARA ...
Terima kasih

- Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri iaitu pembangunan insan
- Semangat cintakan negara (Patriotisme)
- Memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum